Kemelut Kasih oleh Manera Muhammad

Kemelut Kasih

Penulis: Manera Muhammad

307 Mukasurat

Diterbitkan oleh Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd. (1998)

Melissa dan Iskandar dijodohkan oleh keluarga masing-masing walaupun mereka tidak pernah berhasrat untuk hidup bersama. Sofea, kekasih Iskandar, dan Kamal yang menaruh hati pada Melissa, menentang hebat pernikahan mereka.

Tetapi entah mengapa, sebaik sahaja mendengar lafaz nikah Iskandar di hadapan kadi, hati Melissa merasai perasaan cinta terhadap Iskandar. Selepas bernikah, Iskandar dan Melissa tidur di bilik yang berasingan. Melissa sedih tetapi pasrah; Iskandar tidak pernah menyentuh tubuhnya walaupun dia isterinya yang sah. Sebaliknya, hampir setiap malam Iskandar akan membawa pulang Sofea ke rumah.

Bapa Iskandar, Tuan Ismail, sengaja tidak mahu menjodohkan Iskandar dengan Sofea kerana Sofea merupakan anak kepada musuh tradisinya iaitu Tuan Azman. Mereka adalah pesaing dalam industri perusahaan syarikat perabot.

Pada suatu hari, Iskandar telah membongkar rahsia Sofea yang sebenar – selama ini dia hanya berpura-pura mencintai Iskandar walhal dia hanya mahukan harta Iskandar selain merealisasikan impian bapanya yang ingin merampas tender berharga milik syarikat keluarga Iskandar.

Dalam perasaan marah, Iskandar telah memutuskan hubungan dengan Sofea setelah merogolnya dengan kejam. Selepas itu barulah dia tersedar akan kesetiaan Melissa selama ini. Akhirnya Iskandar pulang ke pangkuan Melissa.

Sementara itu, Sofea telah berpakat dengan Kamal – masing-masing menaruh dendam terhadap Iskandar dan Melissa – menggunakan pelbagai cara untuk meranapkan kebahagiaan mereka. Sofea dan Kamal, dengan sokongan dari Tuan Azman, berbuat khianat seperti membakar kilang perabot milik Iskandar, mencuri tender syarikat tersebut, mengupah samseng untuk membelasah Iskandar, dan memasang bom pada kereta Iskandar, di mana letupan tersebut telah menyebabkan Melissa cedera dan keguguran. Mereka juga kemudiannya menculik Melissa, tetapi Melissa berjaya melarikan diri.

Akhirnya Sofea, Kamal dan Datuk Azman diberkas setelah pihak polis berjaya mendapatkan bukti kukuh tentang perbuatan khianat mereka.


Comments

Popular posts from this blog

Fail Merah oleh Fadima Mooneira

The Ravenels #3 – Devil In Spring by Lisa Kleypas

The Count of Monte Cristo by Alexandre Dumas