Posts

Showing posts from November, 2018

Her by Laura Zigman

Image
Her By Laura Zigman 283 Pages Published by Arrow Books (2003) Elise's fiancĂ© Donald was previously engaged to another woman, and that one particular past was most disturbing for Elise. When Donald broke up with his ex Adrienne, she had let Donald kept her dog Lucy. Until now, Donald and Adrienne still keep in touch with each other to share updates about Lucy. When Elise first learnt about Adrienne's existence, Elise became so obsessed to uncover more about Donald's past relationship with Adrienne. Elise felt insecure when she learnt that Adrienne was prettier, taller, and had a higher-paying job than her. Elise’s insecurity mounted when Adrienne announced that she’s moving near the house where Elise and Donald were staying together. In Elise’s eyes, Adrienne was trying to revive her relationship with Donald. Despite assurances from Donald that Adrienne was nothing to him now - he was about to marry Elise anyway - Elise was not convinced. Even after Donald returned Lucy to A

Cahaya Bidadari oleh Nur Rosmah

Image
Cahaya Bidadari Penulis: Nur Rosmah 144 Halaman Diterbitkan oleh KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. (2009) Amirul seorang pelajar tahun enam yang tidak percaya akan kewujudan makhluk halus, hantu dan yang sewaktu dengannya. Amirul lebih suka menggunakan logik akal untuk menerangkan kejadian aneh yang berlaku, dan mengenepikan pendapat yang mengaitkan unsur-unsur makhluk halus. Pada suatu hari, ibu bapa Amirul terpaksa meninggalkan Amirul selama tiga bulan kerana perlu menguruskan hal berkaitan perniagaan mereka di Sabah. Oleh itu Amirul terpaksa tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung di Pahang. Dia juga perlu berpindah sekolah dan menghadapi peperiksaan UPSR di Pahang. Ketika mengikuti Atuk Samad memikat burung pada suatu petang, Amirul sempat bertanyakan datuknya itu tentang kewujudan makhluk halus. Atuk Samad menerangkan bahawa makhluk halus sememangnya wujud dan merupakan salah satu ciptaan Allah juga. Atuk Samad menerangkan dengan penuh hikmah sehingga akhirnya Amirul dapat meneri

Tuk Mudin Datang oleh Ida Munira

Image
Tuk Mudin Datang Penulis: Ida Munira 179 Halaman Diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. (2010) Jika novel Sarah dan Kasut Tumit Tinggi adalah sebuah kisah “ coming-of-age ” anak-anak gadis, Tuk Mudin Datang pula adalah kisah “ coming-of-age " anak-anak lelaki. Membaca tajuknya sahaja pun sudah tahu, novel ini pastinya berkaitan dengan kisah anak-anak lelaki yang akan dikhatankan! Hanif, Fadhil, Shukri dan Robert adalah pelajar darjah lima yang bersahabat baik dan tinggal di kampung yang sama. Ketika musim cuti sekolah akhir tahun tiba, ibu bapa Hanif, Fadhil dan Shukri telah bercadang mengadakan kenduri bagi mengkhatankan mereka bersama-sama. Reaksi ketiga-tiga mereka berbeza ketika mendapat tahu mengenai perancangan tersebut. Fadhil berasa berat hati untuk berkhatan kerana berasa sangat malu untuk menanggalkan seluar di hadapan doktor. Manakala Shukri pula sangat takut untuk menghadapi kesakitan berkhatan; tambahan pula abang-abangnya pernah mengusiknya bahawa Tuk Mudin akan men

Sarah Dan Kasut Tumit Tinggi oleh Ezee Rahmani

Image
Sarah dan Kasut Tumit Tinggi Penulis: Ezee Rahmani 274 halaman Diterbitkan oleh PTS One Sdn. Bhd. (2007) Sarah dan Kasut Tumit Tinggi adalah sebuah kisah “ coming-of-age ” yang padat dengan nasihat dan pengajaran buat kumpulan pembaca sasarannya, iaitu golongan awal remaja. Ia mengisahkan seorang remaja berusia 13 tahun bernama Sarah yang sangat obses terhadap kasut tumit tinggi. Novel ini hampir-hampir tiada unsur konflik; setiap bab adalah kisah yang berbeza tetapi tetap berkaitan dengan perkembangan hidup Sarah menjalani kehidupan sebagai seorang gadis yang semakin meningkat remaja. Sarah selalu berangan-angan untuk memakai kasut tumit tinggi suatu hari nanti. Selalunya dia akan mencuba memakai kasut tumit tinggi ibunya dan berjalan-jalan di sekitar rumah. Dan biasanya Sarah akan jatuh terseliuh kerana tidak pandai berjalan menggunakan kasut tumit tinggi. Tetapi itu tetap tidak mematikan minatnya terhadap kasut tumit tinggi. Jika mengikut ibu bapanya membeli-belah di pasaraya, Sara