Posts

Showing posts from August, 2019

Cinta Suci Zahrana

Image
Penulis: Habiburrahman El Shirazy 275 Halaman Diterbitkan oleh Ar-Risalah Product Sdn. Bhd. (2012) Satu perkataan yang mampu menjelaskan perasaan aku tatkala mula-mula membaca beberapa bab terawal Cinta Suci Zahrana : SENTAP!  Watak utama novel ini, Zahrana merupakan seorang pensyarah dalam bidang senibina yang mempunyai pencapaian akademik yang sangat cemerlang. Zahrana seorang yang bercita-cita tinggi dan terlalu asyik mengejar ilmu sehingga tidak berasa terlalu tertarik untuk mendirikan rumahtangga. Sudah ramai lelaki yang cuba melamar Zahrana tetapi semuanya telah ditolak mentah-mentah oleh gadis itu atas sebab-sebab yang remeh. Zahrana anak tunggal kepada Pak Munajat dan Bu Nuriyah. Pencapaian hidupnya dibanggakan oleh kedua ibu bapanya, tetapi hanya dalam diam. Di hadapan Zahrana mereka tidak menunjukkan kegembiraan yang teramat atas pencapaian-pencapaian akademik gadis itu. Ini kerana mereka tidak mahu Zahrana terus bersemangat untuk hanya mengejar kejayaan akade

Bukan Aku....

Image
Penulis: Maria Farinna 179 Mukasurat Diterbitkan di Malaysia oleh Ahadiat Akashah The Writer Sdn. Bhd. (1999) Novel inilah yang telah berjaya mengembalikan minat aku untuk melayan novel-novel Melayu setelah bertahun-tahun hanya menghadap novel Inggeris dan buku-buku bersifat umum. Sebelum ini, aku hilang minat terhadap novel-novel Melayu kerana tidak tahan membaca lebih 500 halaman novel yang mempunyai plot yang membosankan atau mempunyai konflik yang terlalu ‘ stressful ’. Bukan Aku.... mempunyai 179 halaman sahaja; plotnya bergerak pantas sehingga aku tidak sempat berasa bosan! Setiap halaman dan bab padat dengan penceritaan yang membantu dalam pergerakan plot dan pengembangan karakter. Tiada babak yang ‘membazir’ atau tidak perlu di dalam novel ini. Shahrin merupakan seorang pemuda dari kampung yang diambil bekerja sebagai pemandu dan tukang cuci kereta Datuk Sulaiman. Datuk Sulaiman berkenan mengupah Shahrin setelah melihat kejujuran yang ada pada diri pemuda terse