Trilogi Khadijah Hashim (Jilid 1)

Penulis: Khadijah Hashim 453 Halaman Diterbitkan oleh ‘K’ Publishing Sdn. Bhd. (Cetakan ke-2, tahun 2000) Buku ini memuatkan tiga buah karya Khadijah Hashim iaitu Laila Azwa Gadisku , Cinta Kedua dan Senator Adila . Biarpun latar ketiga-tiga novel ini berbeza, namun kesemuanya mempunyai persamaan daripada satu segi: kisah percintaan yang terhalang oleh orang tua, dan bagaimana insan-insan yang terputus kasih ini menghadapinya. ***AWAS SPOILER!!!*** LAILA AZWA GADISKU Sepanjang pembacaan aku, perasaan aku bercampur-baur. Nada cerita ini buat aku terngiang-ngiang akan novel Konserto Terakhir (karya Abdullah Hussain) dan juga Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (HAMKA). Ini kisah cinta antara dua kekasih yang berbeza darjat, tapi punya rasa yang sama, punya kecintaan yang sama terhadap dunia muzik. Cuma beza Laila Azwa Gadisku dengan kedua-dua novel yang aku sebut di atas, kisah ini punya penamat yang lebih gembira dan penuh pengharapan terhadap masa depan. Sekurang-kura