Posts

Showing posts from January, 2022

Dendam Hantu Toyol (tulisan Siti Esah Kamarulzaman)

Image
Dendam Hantu Toyol Tulisan Siti Esah 204 halaman Diterbitkan oleh SAM Synergy Media Sdn. Bhd. Buku ini mengandungi kompilasi 11 kisah seram dan mistik yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar individu yang mengalaminya. Kesemua cerita sudah digarap dengan gaya penulisan kreatif oleh penulis Siti Esah Kamarulzaman. Berdasarkan maklumat yang didapati daripada kisah-kisah ringkas dalam buku ini, dapat ditafsirkan bahawa tidak semuanya berlaku di Malaysia tetapi ada juga kisah dari negara jiran, Indonesia. Antara yang terkandung dalam buku ini ialah kisah peniaga perabot terpakai yang diganggu oleh bunyi piano setelah sebuah piano lama dibawa ke gudang barangannya ( Misteri Piano Tua ), mengenai seorang gadis yang mengalami kejadian aneh semasa menggunakan tandas bawah tanah di pejabatnya ( Toilet Puaka Bawah Tanah ), lelaki yang diganggu pelbagai jenis hantu selepas membuka kedai di sebelah tanah perkuburan ( Puntianak Pun Takut ), seorang wanita yang terlihat hantu tanpa wajah di tepi

Punderworld (Volume 1) by Linda Sejic

Image
Punderworld (Volume 1) By Linda Sejic Published by Image Comics, Inc. (2021) As soon as I discovered that Punderworld actually had a printed version, I immediately placed an order in Book Depository to get a copy of it. Punderworld was previously published digitally in Webtoon, Tapas and Deviantart, but I always prefer a printed book. And so when the book finally arrived in the mail, I literally ripped out the package before I even got back inside the house 😅 And I finished reading it the very same day! Believe it or not, the whole of this first volume of Punderworld – over 170 pages of it – were dedicated for scenes that occurred in just one night (with a few flashbacks). The Punderworld comic series depicted the popular romance trope of Hades and Persephone, albeit in a more hilarious retelling. Hades and Persephone first met when Hades went to see Demeter to pick up the cornucopia (a horn-shaped basket containing ambrosia, nectar and divine fruits) at her house. Persephone was

Yes, Boss! oleh Areila Sahimi

Image
Yes, Boss! Oleh Areila Sahimi 457 halaman Diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise (2013) Tahukah anda tentang karya William Shakespeare yang bertajuk A Midsummer Night’s Dream ? Novel Yes, Boss! ini bolehlah dikatakan hampir selari dengan tema dalam A Midsummer Night’s Dream : kisah sekumpulan manusia yang keliru dengan perasaan cinta dalam diri masing-masing dan kekhilafan mereka itulah yang mengakibatkan kelewatan dalam proses penyatuan hati mereka. Dua manusia terpenting dalam novel Yes, Boss! ini dinamakan Aryana dan Ilham. Aryana merupakan setiausaha kepada Ilham dan sememangnya telah tersedar akan perasaan pelik di hatinya terhadap bosnya yang masih muda, bujang lagi kacak itu. Bagaimanapun Aryana menafikan segala perasaannya itu kerana ternyata dia tidak memiliki ciri wanita idaman Ilham. Ilham hanya sukakan wanita yang bergaya seksi dan menggoda sahaja; bukan gadis kampung yang berbaju kurung dan bertudung seperti Aryana. Malah Ilham memang sangat jengkel apabila syarikat milik

#Legasi_Emak: Kari Ayam Cinta

Image
#Legasi_Emak: Kari Ayam Cinta 278 halaman Diterbitkan oleh Writers Write Services (2021) Membaca Kari Ayam Cinta , membuatkan aku tersedar betapa aku masih belum cukup menghargai kehadiran seorang emak dalam hidupku. Bukan sahaja belum cukup menghargai susah payah emak memasak selama ini, malah aku juga masih lagi tidak memanfaatkan sepenuhnya petua-petua masakan emak kerana lebih suka mencuba resipi rekaan sendiri (samseng sangat kan!) 😅 Sebenarnya, buku istimewa bertajuk Kari Ayam Cinta ini menghimpunkan lebih 40 buah catatan kenangan para penulis bersama emak masing-masing, terutamanya yang berkisar tentang hidangan air tangan emak. Sebab itulah aku tiba-tiba sahaja bermuhasabah diri tentang attitude aku selama ini terhadap masakan emak. Kari Ayam Cinta sebuah buku yang unik; tidak pernah aku menemui mana-mana buku lain yang membawa konsep sepertinya. Setiap satu catatan akan dinoktahkan dengan sebuah resipi yang merupakan masakan paling istimewa emak para penulis. Sekali pandan

Smitten by Janet Evanovich

Image
Smitten By Janet Evanovich 234 pages This edition was published by HarperTorch (2006) Lizabeth Kane was a single mother with two sons aged eight and ten respectively. After settling her divorce with Paul Kane, she moved to a (dilapidated) old Victorian house at a quaint neighbourhood. When she was married, Lizabeth had been a stay-at-home mother. But now, without a husband, she really needed to find a job in order to support herself and pay the rent and bills. Unfortunately, she had no relevant skills needed in many jobs, and thus, was considered quite unemployable. Until she found Matt Hallahan’s establishment. Matt was a contractor for several house-building projects in the neighbourhood, and had advertised a vacancy for the position carpenter. He was taken by surprise when Lizabeth came to apply for the job – she, in fact, had no related experience to work as a carpenter. In the first place, Lizabeth was only interested to apply for the job because it was very near her home and the

Outside In by Beverly Sommers

Image
Outside In By Beverly Sommers 252 pages Published by Harlequin Books (1990) Jill Peters worked with the World Health Organization in Ethiopia, but when news came to her that her younger sister had drowned to death, she returned to America to find out what really happened.  Susan Peters’ sudden death had been classified as suicide, and her parents had been living in guilt ever since. Her parents had thought they were to blame for not being alert on Susan’s suicidal tendencies, and they had been depressed with that notion. Jill was convinced that Susan was not suicidal. Susan always shared her secrets with her, and Susan frequently wrote letters to her. All her letters indicated Susan was happy and not bothered by anything depressing. Jill also read jottings from Susan’s diary to look for any suicidal thoughts, but found nothing. In fact, Susan was in love with someone at school, whom she had referred to as “the prince” in her entries. No names were offered regarding the identity of the

Sayap Kepulei (“Ke Pu Lei De Chi Bang”)

Image
Sayap Kepulei (“ Ke Pu Lei De Chi Bang ”) Karya AKRU 154 halaman Edisi Bahasa Melayu diterbitkan di Malaysia tahun 2017 Novel grafik buah tangan karyawan dari negara Taiwan ini merupakan sebuah kisah fantasi yang indah namun bernada melankolik dengan sedikit elemen gelap dan seram. Edisi terjemahan ke Bahasa Melayu yang kubaca ini adalah hasil kerjasama antara beberapa entiti dari Malaysia dan Taiwan iaitu Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM), Ministry of Culture Republic of China (Taiwan), Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia, Han Culture Centre (M) Sdn. Bhd. serta Gaea Books Co., Ltd.! Sayap Kepulei yang berlatarkan sekitar penghujung abad ke-19, mengisahkan Thomas Dickson seorang pemuda British yang nekad mengembara ke Taiwan (ketika itu dikenali sebagai Formosa) untuk mencari teman baiknya sejak kecil yang telah hilang di sana tanpa khabar berita. Thomas seorang anak yatim yang tidak mempunyai ramai kawan ketika kecil, namun dengan mudah menjalin persah

Dunia Temakul oleh Baharudin A. Manan

Image
Dunia Temakul Oleh Baharudin A. Manan 113 halaman Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1995) Sebagai membuka tirai tahun 2022 ini, teringin hati aku untuk mengimbau sedikit nostalgia ketika masih bersekolah dahulu. Dahulu, aku gemar ke perpustakaan untuk membaca novel kanak-kanak dan remaja yang berderetan di rak buku. Pada ketika itu, novel kanak-kanak dan remaja berbahasa Melayu yang aku minati kebanyakannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, Utusan Publications, dan Edusystem. Novel-novel ini biasanya membawa kisah kehidupan kanak-kanak dan remaja, tetapi yang paling aku sukai adalah jika terdapat elemen fantasi, misteri atau pengembaraan di dalam karya tersebut. Dunia Temakul satu novel yang tidak pernah aku baca ketika bersekolah dahulu, namun menepati ciri novel kegemaran aku dahulu iaitu kandungan elemen fantasi. Aku membacanya sambil membayangkan aku sedang berada di perpustakaan sekolah, sama seperti yang biasa aku lakukan lebih 20 tahun yang lalu... Bab awal no