Posts

Showing posts from March, 2022

Aku Mahu Banyak Like oleh Ain Maisarah dan Nur Khairiah

Image
Aku Mahu Banyak Like Oleh Ain Maisarah dan Nur Khairiah 218 halaman Diterbitkan oleh Blink Book Sdn. Bhd. (2016) Novel ini mengisahkan Syaza (pernah muncul dalam novel Miss Spa Lawan Gadis Kampung ) yang kini mengalami perubahan dalam hidup keluarganya. Segalanya bermula selepas ibu Syaza, Puan Mariah mengambil keputusan untuk berkahwin semula selepas kematian bapa Syaza dahulu. Puan Mariah berkahwin dengan Tuan Syukur yang mempunyai dua orang anak lelaki – Syawal dan Syakir – daripada perkahwinannya yang terdahulu. Syawal sudah melanjutkan pengajiannya di peringkat kolej manakala Syakir masih berumur lapan tahun. Sebagai seorang gadis remaja berusia 16 tahun, Syaza mengalami kejutan budaya apabila tiga orang lelaki tiba-tiba sahaja muncul dalam hidupnya. Jika sebelum ini Syaza dibenarkan masuk ke bilik ibunya sesuka hati dan sekali-sekala tidur bersama ibunya, kini dia tidak dapat lagi berbuat demikian kerana ibunya sudah mempunyai suami baru. Syaza juga terpaksa bertudung litup sekir

Aku Mahu Jadi The Wannababes oleh Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan

Image
Aku Mahu Jadi The Wannababes Oleh Ain Maisarah dan Haziq Ridzuan 267 halaman Diterbitkan oleh Blink Book Sdn. Bhd. (2015) Kumpulan tujuh orang pelajar perempuan paling diva di Sekolah Sri Bangsar, The Wannababes, menerima kejutan apabila naib presidennya Shasha terpaksa meninggalkan mereka selama dua bulan. Bapa Shasha iaitu Dato’ Saidini telah memaksa Shasha untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Vietnam selama dua bulan. Tindakan nekad tersebut adalah sebagai hukuman kerana keputusan peperiksaan Shasha yang sangat teruk baru-baru ini. Bagi Dato’ Saidini, penyertaan Shasha adalah demi meningkatkan markah penyertaan aktiviti ko-kurikulumnya – memandangkan markah akademik Shasha sememangnya tidak boleh diharap langsung. Tetapi Shasha teramat kecewa dengan keputusan bapanya itu: Shasha yang sudah terbiasa hidup mewah di Malaysia, pastinya enggan menjejakkan kaki ke negara yang dianggapnya mundur, kotor lagi miskin itu. Tambahan pula, Shasha memang berat hati mahu berpisah dengan r

Aku Mahu Popular oleh Ain Maisarah

Image
Aku Mahu Popular Oleh Ain Maisarah 230 halaman Diterbitkan oleh Blink Book Sdn. Bhd. (edisi kemas kini tahun 2014) Selama ini, Sekolah Sri Bangsar mempunyai sebuah sistem ‘hierarki’ pelajar (yang direka-reka sendiri oleh para pelajar) yang tidak ubah seperti sistem kasta. Pelajar yang berada di hierarki paling tinggi adalah pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan ramai seperti para atlet sekolah, kumpulan pancaragam, kumpulan sorak dan semestinya kumpulan The Wannababes, iaitu kumpulan tujuh pelajar perempuan yang paling popular, paling kaya dan paling bergaya di sekolah. Golongan ini dikagumi para pelajar lain yang menjadikan mereka sebagai ikutan. Ramai pelajar yang bercita-cita untuk masuk bergaul dalam kumpulan mereka. Malah pelajar yang berada dalam ‘kelas satu’ ini disegani (atau mungkin sebenarnya, ditakuti) para pelajar lain sehingga mereka mendapat layanan luar biasa oleh para pelajar lain. Contohnya, kumpulan The Wannababes mempunyai meja khas untuk makan di kantin sekolah yang

Hello, Mr. Perfect! oleh Waniey Zakaria

Image
Hello, Mr. Perfect! Oleh Waniey Zakaria 674 halaman Diterbitkan oleh Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. (2012) Aku agak ‘pening-pening lalat’ sepanjang pembacaan novel Hello, Mr. Perfect! Masakan tidak, dua watak utama novel ini mempunyai pendirian dan perasaan terhadap satu sama lain yang boleh dikatakan agak ‘bipolar’. Sekejap sayang, sekejap menjauhkan diri. Sekejap berikrar untuk setia dan menerima pasangan seadanya, sekejap mempersoalkan ketepatan tindakan itu. Pendirian yang tidak konsisten ini bolehlah aku samakan seperti watak Hariz dalam novel Ombak Rindu yang sekian lama memberikan layanan pasang-surut terhadap isterinya Izzah. Idea asas novel Hello, Mr. Perfect! sebenarnya memang unik habis: segalanya bermula dengan pasangan kekasih Arif dan Ainul yang tidak dibenarkan berkahwin selagi abang sulung Arif, Izzul tidak berkahwin dahulu. Ini kerana keluarga Arif berpegang teguh kepada tradisi aneh yang menyatakan bahawa perkahwinan dalam keluarga mereka wajib dimulakan daripada y

Coco’s Secret by Niamh Greene

Image
Coco’s Secret By Niamh Greene 339 pages Published by Penguin Group (2013) Heart-warming yet poignant, Coco’s Secret – written by Irish author Niamh Greene – exudes the aura of a Cecelia Ahern novel. The storyline was simple and told in a laidback manner. Although there was no particular antagonist putting pressure on the main character or adding suspenseful elements to the story, Coco’s Secret was still quite a satisfying read: most characters had a rich background story that could make readers wonder whether these characters had been based on real people.  Coco Swan, the 32-year-old main protagonist of this novel, managed a family antiques store in a small Irish town with her grandmother Ruth. Coco’s grandfather and mother had passed away, while her father’s identity remained unknown. Coco was very fond of antiques; she saw all items as having a secret life story of their own, and that fascinated her. One day, Coco brought home a box of antique knick-knacks from an auction. The box

Fear Street Super Chiller: Goodnight Kiss by R.L. Stine

Image
Fear Street Super Chiller: Goodnight Kiss By R.L. Stine 216 pages Published by Pocket Books (1992) Reading R.L. Stine really transported me back to more than 20 years, when I was still in school and addicted to consuming the popular teen series of that yesteryear: Fear Street , Spooksville , Sweet Valley , Sabrina the Teenage Witch , the evergreen Nancy Drew series – just to name a few. Those were the days before the existence of Harry Potter / The Princess Diaries / Geronimo Stilton / Ever After High / etc., mind you! I have really forgotten the feel of R.L. Stine’s books, until I got my hands on Goodnight Kiss a few days ago. The spooky subject in this novel were vampires, and it was not until I started reading that I realized that I had also forgotten about vampires supposed to be bloodthirsty, selfish and merciless creatures. I guess I had read too much paranormal romance that I had begun to think vampires being sexy, romantic and gentlemanly! 😅 Back to this novel, Goodnight

Two Alone by Sandra Brown

Image
Two Alone By Sandra Brown 249 pages Published by MIRA Books (1987) I actually had to do a Google image search for “hot guys with moustache” when I read Two Alone . This novel had an unconventional-looking hero: one who had thick, wide moustache that somewhat obscured parts of his lips – and so I had to get help from Google search to build my imaginations on how he would probably look like 😜. Rusty Carlson was a Beverly Hills career woman who really had no interest in a hunting trip, but she felt the pressure to go just to please her father, the property tycoon Bill Carlson. Rusty and Bill went to a hunting lodge in Canada for a father-daughter bonding session by doing Bill’s favourite pastime, hunting wild animals. Rusty soon found that she did not enjoy hunting at all, and she left the lodge earlier without her father. Rusty took a small airplane – the only transportation available to and fro the hunting lodge – to go home first, but tragedy struck midway. The plane was caught in a s

Dheo’s oleh Anjell

Image
Dheo’s Oleh Anjell 653 halaman Diterbitkan oleh Penerbitan KaryaSeni Sdn. Bhd. (2018) Aku rasa ramai pembaca yang tertarik untuk membaca novel Dheo’s setelah diperkenalkan kepada kedua-dua watak utama novel ini menerusi kemunculan kameo mereka dalam novel Dr. Alpha Male . Termasuklah aku sendiri! Setelah menamatkan novel ini, Dheo’s serta-merta masuk ke dalam senarai novel Melayu kegemaran aku, bersama-sama novel Dr. Alpha Male sebelumnya. Begitu juga watak Dheo Han tersenarai sebagai antara fictional hero kesayangan aku (sebagaimana juga Dr. Hilman Ukasyah, si Dr. Alpha Male 😍). Jika Dr. Alpha Male lebih banyak unsur komedi romantik, Dheo’s bernada lebih melankolik namun tidaklah tanpa unsur humor langsung (sudah menjadi trademark novelis Anjell, unsur humor tidak mungkin ditolak tepi!) Ini juga bukan bermakna novel Dheo’s adalah sebuah kisah sedih. Tidak sama sekali! Novel ini bukan kisah tragis penuh air mata, namun ia bukan juga semata-mata novel cinta yang membuai khayalan

Dr. Alpha Male oleh Anjell

Image
Dr. Alpha Male Oleh Anjell 691 halaman Diterbitkan oleh Penerbitan KaryaSeni Sdn. Bhd. (2017) Aku sangat jarang ' repeat ' baca mana-mana novel, apatah lagi kalau muka surat novel tu mencecah lebih 600 halaman. Melainkan novel tu aku benar-benar suka. Melihatkan rekod aku mengulang baca novel Dr. Alpha Male ni - setakat ini dah empat kali ulang baca - maknanya aku memang sangat-sangat-sangat-sangat sukakan novel ni ❤!! Dr. Alpha Male mengisahkan Tristin Hazel, gadis tahun akhir Fakulti Matematik dan Sains Komputer. Pada suatu hari dia berlanggar dengan seorang lelaki di hadapan 7-Eleven sehingga aiskrim Magnumnya terjatuh ke tanah. Berlaku pertikaman lidah antara Hazel dengan jejaka kacak tersebut akibat kemalangan kecil itu. Sama-sama menganggap yang seorang lagi adalah individu yang biadab. Tidak lama selepas peristiwa itu, pada semester baru pengajian Hazel, fakultinya menerima seorang pensyarah baru yang muda lagi kacak bernama Dr. Hilman Ukasyah. Ternyata Dr. Hilman itu

Mr. X oleh Aznil Hj. Nawawi

Image
Mr. X Oleh Aznil Hj. Nawawi 101 halaman Diterbitkan oleh Novel House (cetakan kedua, tahun 2000) Selepas Yo! It’s Me! kini sebuah lagi novel karya Pak Nil – yang bertajuk Mr. X – pula menjadi santapan hiburan petangku. Sama seperti novel Pak Nil sebelum ini, Mr. X juga masih berkisar kehidupan suka-duka zaman remaja. Meskipun Yo! It’s Me! sebelum ini mengandungi lebih banyak unsur humor, namun Mr. X tidak ketinggalan dari sudut kandungan mesej-mesej tersirat walaupun disampaikan secara santai sahaja. Mr. X mengisahkan Liza si gadis tomboy yang melalui zaman remajanya dalam keadaan ketandusan perhatian daripada ibunya. Ibunya Anis sibuk bekerja kerana terpaksa mengambil tanggungjawab menyara anak tunggalnya itu setelah ditinggalkan suami. Setiap kali mereka berkesempatan bertemu di rumah, Liza dan Anis tidak mengambil peluang itu untuk bermesra pun. Sebaliknya, ada sahaja isu yang mereka perselisihkan. Anis tidak memahami jiwa remaja anaknya, manakala Liza pula terlalu ego untuk me