Prince oleh Maria Farinna Zainal Abidin

Prince Oleh Maria Farinna Zainal Abidin 112 halaman Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. (cetakan ketiga tahun 2000) ‘ Prince ’, gelaran yang diberikan kepada Syazni, pengkid yang sangat popular dan diminati ramai pelajar perempuan di Sekolah Menengah Puteri. Walaupun Syazni amat nakal dan boleh berlaku kasar terhadap sesiapa yang membuat dirinya berasa jengkel, namun wajahnya yang mirip Tom Cruise itu tetap digilai para pelajar di sekolah perempuan berasrama itu. Ramai peminat yang melayangkan surat-surat cinta namun kesemuanya akan dibuang ke dalam tong sampah selepas dibaca. Hanya seorang gadis sahaja yang berjaya mencuri hati Syazni iaitu Diana yang jelita dan bermata biru hasil perkahwinan campur ibu bapanya. Syazni juga tidak bertepuk sebelah tangan kerana Diana turut membalas perasaannya itu. Semakin menghampiri peperiksaan SPM, dugaan tiba-tiba datang menimpa hidup Syazni dengan bertubi-tubi. Rakan karibnya yang juga seorang pengkid, Nur Akidah a.k.a Kid terpaksa berh