Cinta Puaka Simpang Empat (‘Shibito no Koiwazurai’) oleh Junji Ito

Cinta Puaka Simpang Empat (‘ Shibito no Koiwazurai ’) Oleh Junji Ito 404 halaman Edisi terjemahan Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Anjung Taipan Sdn. Bhd. (2015) Sebagai peniaga buku-buku terpakai, aku pernah beberapa kali mendapati manga-manga Junji Ito dalam stok barangan yang diperolehi. Dan berdasarkan pengalaman aku menjual buku karya Junji Ito, aku tahu manga-manga beliau laris bagaikan pisang goreng panas. Namun sebelum ini, aku tidak pernah terbuka hati pun untuk membaca mana-mana karya beliau kerana takut untuk membaca kisah seram. Sehinggalah baru-baru ini aku berjaya memperoleh manga Junji Ito lagi, yang bertajuk Cinta Puaka Simpang Empat . Mindaku penuh persoalan, apakah yang menarik mengenai karya Junji Ito sehingga karyanya begitu diminati ramai? Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membaca manga ini terlebih dahulu sebelum aku menjualnya. Cinta Puaka Simpang Empat mengandungi beberapa buah cerita; kisah utama berkisar tentang puaka “ Jejaka Kacak Simpang Empat ” yang