Posts

Showing posts from October, 2022

The Ravenels #1 – Cold-Hearted Rake by Lisa Kleypas

Image
The Ravenels #1 – Cold-Hearted Rake By Lisa Kleypas 386 pages Published by Avon Books (2015) It’s been several months since I indulged myself in a historical romance novel, and more than a year since I read one from Lisa Kleypas. So when I started on Cold-Hearted Rake , it dawned on me how much I had missed reading her novels. As a consequence, I found myself binge-reading the first three of Kleypas’ Ravenels series in rapid succession before I finally managed to halt the progress (I would have devoured all seven books back-to-back, had it not been for some other commitments that I had forsaken while reading the novels 😅). The Ravenels series – set in 1870s England – revolved around the temperamental Ravenel family which had dwindled following the early death of Theo, the Earl of Trenear. Theo died after being thrown off a horse only three days after his marriage, leaving behind his wife Kathleen and his three unmarried younger sisters, Helen, Pandora and Cassandra. With no heir, th

Fail Merah oleh Fadima Mooneira

Image
Fail Merah Oleh Fadima Mooneira 454 halaman Diterbitkan oleh Fadneira Imaginative Empire (2022) Fail Merah merupakan novel sulung yang dihasilkan penulis Fadima Mooneira yang sebelum ini pernah muncul dengan beberapa karya berbentuk cerpen yang diterbitkan dalam buku kolektif seperti Legasi Emak: Kari Ayam Cinta , Patah Tumbuh , Komplot Cerpen Penulis Paluan Seni dan lain-lain lagi. Pada aku, Fail Merah sedikit unik kerana gaya penulisannya berhasil membentuk sebuah novel ‘hibrid’ dengan penggabungan elemen novel indie hipster dengan novel cinta arus perdana. Sebahagian bab-bab awal novel ini menampilkan elemen-elemen yang biasa ditemukan dalam novel-novel indie hipster seperti penggunaan bahasa kasar serta kritikan terhadap isu-isu sosio-politik negara yang disampaikan secara berani dan unapologetic . Manakala bermula bab-bab pertengahan novel ini menyaksikan suntikan elemen-elemen kisah percintaan yang ‘ sweet-sweet ’ pula. Novel ini membawa kisah tragis yang menimpa keluarga Tuan

Si Baju Kurung Kasut Kanvas oleh Umie Nadzimah

Image
Si Baju Kurung Kasut Kanvas Oleh Umie Nadzimah 557 halaman Diterbitkan oleh Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. (2016) Manusia menyimpan perasaan hasad dengki dan busuk hati terhadap seseorang yang mempunyai kelebihan berbanding dirinya, adalah perkara biasa. Yang menjadi luar biasa, apabila ada manusia yang sakit hati terhadap orang yang serba-serbi kurang berbanding dirinya. Macam tak masuk akal! Tetapi inilah yang menjadi tema dan tulang belakang bagi novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas . Sampai satu peringkat, aku sudah tidak kisah lagi sama ada si heroin bakal bersatu dengan sang heronya ataupun tidak. Bagi aku, apa yang lebih penting daripada cinta mereka ialah memastikan semua pihak yang busuk hati terhadap si heroin bakal menerima balasan yang setimpal! Suria Rihana, gadis ceria dan happy-go-lucky yang mempunyai prinsip teguh dan tidak mudah terpengaruh dengan orang sekeliling. Dari segi emosi dan rohani, Suria sememangnya sempurna. Namun di sudut fizikalnya Suria bukanlah gadis idama